Secara semula jadinya manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah, iaitu
bersih daripada segala dosa. Maka kedua ibubapanya mesti memainkan
peranan untuk membentuk fitrah tersebut dengan acuan agama yang benar.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda " Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan
fitrah (suci). Maka kedua ibubapanyalah yang meyahudikannya atau
menasranikannya memajusikannya" ( riwayat Imam Bukhari).
Jadi, secara fitrahnya juga, manusia memerlukan kepada suatu
peraturan yang berguna untuk mengatur hubungan sesama mereka,
menjelaskan hak dan kewajipan mereka, mengatur hak dan kewajpian
tersebut, jika tiada peraturan maka akan terjadi suatu kekakauan dalam
masyarakat. Oleh itu yang kuay pasti akan bertindak sewenang-wenang
untuk memenuhi keinginannya. Sedangkan yang lemah akan merasa dizalimi
dengan kehilangan haknya. Lebih-lebih lagi apabila jiwa manusia dihiasi
dengan kecintaan kepada kebendaan dan sering tunduk kepada hawa nafsu.
Dalam konteks ini, syariat islam sebagai satu peraturan hidup sangat
diperlukan oleh fitrah manusia. Sebagaimana firman Allah Taala dalam
surah Ar-Rum ayat 30 yang bermaksud " Maka hadapkanlah wajahmu
(mengikhlaskan dirimu) ke arah Agama Allah. Fitrah Allah yang telah
menciptakan manusia menurut fitrah itu, tidaklah patut ada sebarang
perubahan pada agama Allah itu, itualh agama yang lurus, tetapi
kabanyakkan manusia tidak mengetahui".
Manusia juga diciptakan Allah agar ia beribadah kepada-Nya. Melakukan
sesuatu yang diperintah sesuai dengan suruhanNya, meninggalkan sesuatu
yang ditegah sesuai dengan larangan-Nya. Oleh itu melaksanakan tuntutan
beribadah dan memenuhi kehendak syariat merupakan fitrah dalam kehidupan
seseorang manusia. Begitu juga dalam bermasyarakat. Hidup bermasyarakat
juga adalah menjadi fitrah dalam kehidupan manusia. Manusia mempunai
pelbagai keperluan dan tidak mampu memenuhi semua kehendak dan
keperluannya sendiri. Ada keperluan dipenuhi oleh orang lain. Ada pula
keperluan orang lain uang dipenuhi olehnya.Allah Taala telah menciptakan
manusia secara fitrahnya terdiri daripada pelbagai puak dan bangsa
justeru saling kenal mengenali dan menjalinkan hubungan antara satu sama
lain dalam kelompok masyarakat.
Pelbagai lagi bentuk fitrah yang telah diciptakan oleh Allah Taala
dalam diri manusia, seperti kecenderungan lelaki terhadap perempuan dan
sebaliknya, menyayangi anak-anak dan ahli keluarga, mencintai harta
benda dan kesenangan dunia serta pelbagai lagi keinginan naluri yang
lain. Banyak ayat Quraan dan Hadis yang menyatakan bahawa syariat Islam
sesuai dan mampu diterima oleh fitrah manusia. Oleh itulah Agama Islam
dikatakan sebagai agama fitrah. Sangatlah keliru apabila da yang menuduh
bahawa syariat Islam itu tidak sesuai dengan fitrah manusia.
Dapatlah disimpulkan bahawa adalah:
Pertama: Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah tanpa dosa maka kedua
ibu-bapanya bertanggungjawab untuk mencorakkan fitrah tersebut agar
sesuai dengan kehendak Allah.
Kedua: Fitrah kejadian, kecenderungan dan keinginan manusia yang
berbagai-bagai mestilah dibimbing dan dipandu dengan syariat Islam.
Ketiga: Agama Islam sangat sesuai dengan fitrah manusia. Syariatnya
diturunkan Allah bertujuan untuk mendatangkan kemaslahatan bagi
kehidupan manusia seluruhnya...